Mulakan dengan Bismillah

img

Segala puji bagi Allah yang telah memcurahkan Rahmatnya kepada seluruh pelusuk alam. Dengan kudrat yang diberikanNya, Alhamdulillah saya dapat membina laman web ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, seorang pemimpin, seorang ayah, seorang suami yang tetap menjadi contoh walau dimana Baginda berada.
Alhamdulillah!! Bismillahi Rahmani Rahim!!
Mari kita mulakan tiap pekerjaan yang kita lakukan dengan Bismillah. Tiap kerja buat kita pastinya kita mengharapkan Rahmat & redha Allah. Oleh itu, mari kita mulakan ia dengan

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
"In the name of Allah, most Gracious, Most Merciful"

Welcome to My Website

img img

Selamat datang ke laman sesawang peribadi saya. Saya mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke laman ini.
Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Walaupun UTem sudah berusia 10 tahun , tetapi hadirnya saya di sini hanya bermula pada April 2010 yang lalu.
Laman ini dibina menggunakan Macromedia Dreamweaver 8 Portable dan hanya menggunakan format html. Laman ini nampak ringkas & mudah kerana saya masih baru dalam mempelajari kaedah membina laman sesawang ini.
Tujuan laman sesawang ini dibina adalah untuk menyampaikan maklumat terkini tentang diri saya terutamanya berkaitan bidang penglibatan & ruang lingkup penyelidikan saya. Di samping itu, laman ini juga sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat tambahan serta bahan-bahan berkaitan untuk pelajar-pelajar saya.
Saya harap para pengunjung berpuas hati dengan lawatan ke laman saya ini & mendapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya. Jika para pengunjung mempunyai sebarang komen atau idea untuk meningkatkan lagi laman sesawang ini, sila emelkan pada saya di

mfarid@utem.edu.my
Sekian, Selamat Membaca

img